kecoh dunia hiburan tanahair dengan tersebarnya video bogel pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia.Seorang pengirim tidak dikenali yang hanya mahu dikenali sebagai “Paddox” telah mengirim video yang berdurasi hampir 30 saat dan memaparkan seorang gadis mirip Melia Aimiellia kepada OHBULAN!.Video itu menunjukkan gadis mirip Melia itu sedang melakukan aksi ghairah dan mendedahkan bahagian atas tubuhnya termasuklah payudaranya.Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! segera menghubungi Melia Aimiellia untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang sedang melanda pelakon yang baru hendak mencipta nama ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
Melia yang baru sahaja berumur 19 tahun turut meluahkan rasa terkejut dan terkilannya kepada OHBULAN! mengenai Gossip: Video Lucah Heroin Filem Tersebar! yang hangat diperkatakan sekarang ini.
“Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
Namun begitu, Melia yang sedang sibuk menjalani penggambaran sekarang ini berkata bahawa dia akan menyerahkan segala urusan lain kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”
Ditanya jika Melia ada mengesyaki sesiapa berkenaan penyebaran video bogel mirip wajahnya ini, Melia menjelaskan bahawa dia hanya berserah pada Tuhan. Melia juga sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya bahawa gadis dalam video itu bukan dirinya dan ini semua angkara fitnah orang yang dengki terhadapnya.
“Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga dia memberikan balasan pada mereka,” jelas Melia Aimiellia mengakhiri perbualan.
Bagaimanapun seorang pembaca OHBULAN! yang prihatin telah menghantar e-mail kepada kami mengenai penemuannya terhadap sekeping gambar dari artikel kami sebelum ini!
Dalam tidak sedar, rupanya sekeping gambar yang pernah diambil oleh wartawan OHBULAN! ketika mengikuti Jelajah Festival Filem Malaysia Ke-24 mempunyai bukti bahawa video bogel yang sebelum ini tersebar adalah benar.
Gambar yang kami muat-naik untuk artikel bertajuk “Video Bogel Itu Bukan Saya!” – Isu Video Bogel Mirip Melia Aimiellia menunjukkan Melia memakai cincin berwarna hitam di jari hantunya dan cincin berwarna perak di jari manisnya tangan kanannya sama seperti gadis didalam video bogel tersebut. Ini menguatkan lagi bukti bahawa gadis didalam video itu adalah Melia.
Kami sangat berharap bahawa gambar ini adalah hasil dari teknik ‘super-imposed’ tahap dewa yang kami yakin adalah perbuatan dengki pihak yang tidak sukakan Melia.
Apa yang pasti, Melia Aimiellia sudah menafikan sekerasnya bahawa gadis didalam video tersebut bukanlah dirinya. (www.ohbulan.com)
VIDEO
VIDEO