Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday 1 January 2012

Pasir Puteh dilanda banjir

Pasir Puteh dilanda banjir,inilah yang aku baca bila memasuki website MYMETRO.
di sini aku kongsikan artikel yang terdapat di metro.

PASIR PUTEH: Seramai 26 orang daripada enam buah keluarga di dua buah kampung di sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berikutan hujan lebat diikuti angin kencang sejak malam tadi.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata mereka ditempatkan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan Sekolah Kebangsaan Bukit Awang.
"Ini berikutan rumah kediaman mereka di Kampung Wakaf Bunut,dan Bukit Awang di naiki air antara satu hingga dua meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk seorang mangsa yang menghidap penyakit lumpuh yang dihantarkan ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, beberapa jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu laluan dari Pasir Puteh ke Jerteh, Pasir Puteh ke Semerak dan Pasir Puteh ke Kota Baharu.
Seorang mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kamil, Che Abdulah Che Mat, 72, berkata halaman rumahnya dinaiki air hampir paras dada pukul 3 pagi tadi.
Beliau yang lumpuh kedua-dua belah kaki berkata dia dan isterinya terpaksa berpindah apabila paras air memasuki rumahnya sedalam antara 0.1 hingga 0.2 meter.
Sementara itu, Pejabat Pengairan dan Saliran Pasir Puteh ketika dihubungi berkata paras air di Sungai Semerak pada 10 pagi ini berada pada paras berjaga-jaga iaitu 2.4 meter.
Keadaan cuaca redup dan hujan renyai-renyai.



Harapan daripada penulis,supaya banjir akan mualai surut di Pasir Puteh,dan semoga penduduk Pasir Puteh akan bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang diberi Allah S.W.T.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...